
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Pekerja Asing 2024 secara serentak, melibatkan 54 pejabat Perkeso di seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, Ops Kesan Pekerja Asing 2024 julung kali dilaksanakan bagi mengesan majikan yang gagal mendaftar dan mencarum pekerja asing termasuk ekspatriat serta pekerja domestik yang layak bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
“Sehingga 30 Sept lepas, data Perkeso menunjukkan hanya sekitar 88% pekerja asing di Malaysia telah mendaftar dengan pertubuhan ini,” katanya dalam kenyataan.
“Lebih membimbangkan dalam kalangan pekerja domestik asing, kadar pendaftaran mencapai 59% sahaja, sekali gus membuktikan langkah penguatkuasaan yang diambil tepat pada…