Dilaporkan semalam SPRM menahan seorang pegawai perkhidmatan kerana disyaki menerima habuan ribuan ringgit antara 2021 hingga 2022.

PETALING JAYA: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengesahkan seorang pegawainya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung insentif pengambilan pekerja bawah program Pelan Jana Semula Ekonomi (Penjana).
Menurut Perkeso, pegawai itu disyaki terlibat menerima suapan bagi meluluskan permohonan tuntutan Program Insentif Pengambilan Pekerja bawah Penjana.
Perkeso berkata, pihaknya tidak akan mencampuri urusan siasatan SPRM.
“Perkeso akan memberi kerjasama serta menyerahkan sepenuhnya kepada pihak SPRM untuk menjalankan penyiasatan ke atas pegawai berkenaan sehingga selesai,” katanya dalam kenyataan.
Dilaporkan semalam SPRM menahan seorang pegawai…