

Perkhidmatan doktor udara (FDS) akan diteruskan meskipun berlaku nahas helikopter di Ulu Baram, Sarawak, yang mengorbankan lima orang, kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad hari ini.
Dzulkefly berkata perkhidmatan itu, yang dimulakan pada 1970-an, amat penting untuk menyediakan liputan penjagaan kesihatan kepada masyarakat di kawasan pedalaman negara.
“Kita akan teruskan dengan menggandakan usaha dan memperkasa perkhidmatan ini,” katanya dalam satu sidang media.
Sebuah helikopter BO-105 sedang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Miri ke Long Lellang semalam apabila ia terhempas berhampiran STOLport Long Lellang. Semua lima penumpang, terdiri daripada empat petugas Kementerian Kesihatan dan seorang juruterbang, terbunuh.
Terdahulu, Senator RA Lingeshwaran menggesa…