Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Perkhidmatan terganggu, 2 bank diminta beri penjelasan

today9 April 2024

Background


Bank Negara memandang serius gangguan perkhidmatan perbankan CIMB dan Maybank yang mengakibatkan kesulitan pada pelanggan baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Bank Negara (BNM) meminta dua bank yang mengalami gangguan perkhidmatan baru-baru ini untuk memberikan penjelasan tentang punca yang menyebabkan insiden gangguan itu.

Bank pusat dalam kenyataan berkata kedua-dua bank juga perlu memberikan langkah-langkah pembetulan dan pencegahan yang dilaksanakan bagi mengelakkan isu yang sama berulang.

Menurutnya, BNM memandang serius gangguan perkhidmatan perbankan oleh dua institusi perbankan terbesar negara baru-baru ini yang telah mengakibatkan kesulitan pada pelanggan.

“Perkhidmatan perbankan kedua-dua bank ini telah kembali pulih.

“Bank ini juga telah diarahkan untuk berkomunikasi dengan pelanggan yang terjejas termasuk menjawab segera sebarang aduan dan pertanyaan yang disebabkan oleh gangguan tersebut serta memberikan maklumat terkini mengenai perkhidmatan yang terjejas,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post