Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Perkukuh kerjasama China tanpa risiko hubungan AS, Putrajaya diberitahu

today13 April 2025

Background


Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden China Xi Jinping dalam pertemuan sebelum ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ketika lawatan Presiden China Xi Jinping ke Malaysia pada minggu depan dijangka dapat meningkatkan perdagangan dua hala, penganalisis menggesa Putrajaya pada masa sama berhati-hati supaya hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) tidak terjejas.

Ini kerana lawatan berlangsung 15 hingga 17 April itu berlaku di tengah-tengah ketegangan geopolitik dan perang perdagangan yang semakin memuncak antara negara kuasa besar tersebut.

Perunding kanan di Global Asia Consulting, Samirul Ariff Othman, berkata China mungkin menekan untuk pelaburan semula dalam infrastruktur, kesalinghubungan digital, logistik dan tenaga hijau di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) semasa lawatan Xi.

“Lawatan ini juga mungkin menandakan peluasan taman perindustrian atau projek mega disokong China di Malaysia,” katanya kepada FMT.

Samirul berkata Beijing mungkin mahu bekerjasama dalam sektor…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Minderjeet Kaur


Previous post