

Penggiat pelancongan Perlis diberi pendedahan praktikal pelbagai perisian kecerdasan buatan (AI) bagi penghasilan kandungan kreatif bagi memperkasa pemasaran digital pelancongan.
Bengkel Perlis AI Tourism Attack yang dianjurkan secara kolaboratif oleh Travel Yamu dan Asni Rez dengan sokongan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (PSSI), sebagai usaha memperkukuh promosi pelancongan negeri.
Inisiatif tersebut juga bertujuan merapatkan jurang digital, membantu penggiat industri menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi, dan perubahan landskap pemasaran pelancongan global.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan perasmian bengkel berkenaan.
Istana Arau dalam kenyataan, berkata bengkel membuka peluang kepada masyarakat…