Hot FM

Perlis boleh jadi makmal negeri pintar hijau, titah Raja Muda


Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima sembah mengadap delegasi Majlis Perbandaran Kangar diketuai Yang Dipertuanya, Affendi Rajini Kanth, di Galeri DiRaja Arau. (Gambar Istana Arau)
PETALING JAYA:

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Perlis wajar dipacu sebagai makmal terbaik untuk menguji dasar kelestarian ke arah menjadi ‘negeri pintar hijau’ atau ‘green smart state’.

Baginda bertitah, saiz Perlis yang kecil memberi kelebihan kepada negeri itu untuk menjadi antara negeri awal di Malaysia menggunakan sepenuhnya tenaga boleh diperbaharui seperti solar dan biojisim, selain melaksanakan sistem pengurusan sisa pintar.

Menurut baginda, kejayaan mencapai status sifar karbon seperti dirancang akan membuktikan Perlis tidak ketinggalan dalam mendukung agenda global berkaitan perubahan iklim.

Titah itu disampaikan sempena sesi mengadap delegasi Majlis Perbandaran Kangar (MPKangar) diketuai Yang Dipertuanya, Affendi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version