
KANGAR: Perlis berjaya mendapat pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan yang ke-10 dengan nama sebagai “Perlis Geopark” selepas memenuhi skop untuk diperakukan Jawatankuasa Geopark Kebangsaan.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Perlis Geopark, memaklumkan Sesi Penilaian Aspiring Perlis Geopark Ke Arah Penarafan Kebangsaan berlangsung pada 4 Sept hingga 7 Sept lalu.
“Sebanyak 23 Geotapak dipilih untuk dinilai di seluruh negeri Perlis. Jawatankuasa Geopark Kebangsaan telah memperakukan keputusan panel penilai dan mengisytihar Perlis menjadi Geopark Kebangsaan dengan nama ‘Perlis Geopark’,” menurut hantaran itu.
Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian sambutan ke-50 tahun Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) di Kuala Perlis hari ini, Menteri Besar Mohd Shukri Ramli menganggap pengiktirafan Perlis…