
PETALING JAYA: Seorang pakar kriminologi berkata, menjalin hubungan lebih kukuh antara polis dan pelajar penting dalam membendung gejala buli di sekolah.
Mengulas video tular tujuh remaja menyerang seorang remaja di Johor Bahru, P Sundramoorthy dari Universiti Sains Malaysia berkata, pegawai perhubungan sekolah (PPS) daripada pasukan polis perlu membiasakan diri dengan pelajar.
Apabila pelajar menjalin hubungan rapat dengan pegawai, mereka akan lebih terbuka untuk mengakui diri dibuli. “Dengan maklumat sedemikian, pegawai ini boleh bekerjasama dengan pihak sekolah untuk mengawal keadaan dengan lebih baik,” katanya kepada FMT.
Dalam sesetengah kes, katanya, pelajar enggan melaporkan mereka dibuli dan biasanya kes sedemikian tidak dilaporkan apabila mangsa tidak mengalami kecederaan serius.
Ada juga yang mungkin mendiamkan diri jika mereka didera secara emosi atau…