Pada 2021, PN tidak menyokong pindaan Perlembagaan Persekutuan supaya timbalan speaker ketiga boleh dilantik.

PETALING JAYA: Ronald Kiandee (PN-Beluran) menyuarakan semula gesaan supaya timbalan speaker ketiga Dewan Rakyat dilantik dalam kalangan pembangkang, cadangan yang pernah ditolak Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.
Menurut Berita Harian, Kiandee berkata, beliau faham dengan tuntutan tugas itu kerana pernah dilantik ke jawatan yang sama pada 2008 hingga 2018, dan terdapat keperluan untuk mempunyai timbalan speaker ketiga.
“Saya rasa cadangan dua tahun lalu supaya ditambah seorang lagi timbalan speaker untuk Dewan Rakyat, perlu diteruskan oleh Yang Berhormat.
“Saya pernah duduk di sana (sebagai timbalan speaker). Memang betul, dua timbalan speaker tidak mencukupi untuk Dewan Rakyat dan boleh ditambah.
“Pelantikan Timbalan Speaker yang…
