
PETALING JAYA: Lebih banyak peruntukan diperlukan untuk menyelesaikan pelbagai isu berhubung sistem penjagaan kesihatan awam, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
Katanya, beliau akan membentangkan perincian untuk mendapatkan peruntukan lebih besar itu dengan Kementerian Kewangan.
“Isu-isu berbangkit seperti kebajikan, kesihatan fizikal dan mental petugas kesihatan, sistem sumber manusia, penetapan gaji saksama, jaminan pekerjaan serta isu lain sentiasa menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM) kerana tiada penyelesaian mudah untuk isu-isu ini,” katanya dalam catatan Twitter.
Beliau berkata demikian selepas mengambil maklum pandangan petugas kesihatan berhubung situasi semasa sistem kesihatan negara.
Zaliha berkata, KKM mengambil berat dan sedang melakukan pelbagai langkah menyeluruh dari…