
PETALING JAYA: Tindakan drastik dan radikal perlu dilakukan segera jika tidak mahu kawasan luar bandar terus ketinggalan, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan perdana menteri berkata, justeru isu kesenjangan, penerokaan potensi ekonomi dan peningkatan taraf hidup luar bandar akan menjadi fokus utama beliau dalam menerajui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
“Pembangunan luar bandar di Malaysia bukan bertujuan membandarkan wilayah atau kawasan luar bandar. Pembangunan luar bandar bukan proses urbanisasi.
“Tetapi memastikan luar bandar mencapai tahap kemajuan sesuai dengan acuan kemajuan ukuran standard yang ditetapkan oleh Bangsa-bangsa Bersatu dalam melestarikan pembangunan desa.
“Dengan kata lain proses modenisasi dalam konteks cara berfikir, mengurus hal ehwal ekonomi yang…