
PETALING JAYA: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkata perlu ada sistem penilaian berpusat dan terselaras agar dapat mengukur keupayaan sebenar pelajar sebelum ke peringkat menengah.
Asyraf Wajdi Dusuki berkata beliau amat setuju Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dikembalikan.
“Penting untuk sebarang intervensi yang perlu dilakukan sebelum mereka ke peringkat lebih tinggi,” katanya di X.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi gesa dasar berkait peperiksaan bagi Tahun 6 dan Tingkatan 3 dirombak selepas difahamkan kebanyakan daripada lebih 10,000 yang tidak menduduki SPM tahun lalu tidak boleh membaca, menulis, atau mengira.
Katanya, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi menyedari punca 10,177 pelajar tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia tahun lalu, dalam perbincangan dengannya…