
PETALING JAYA: Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia menggesa kerajaan tidak hanya memberikan pengecualian diesel bersubsidi kepada pengusaha berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Presidennya Amali Munif Rahmat berkata ini kerana ada pengusaha bas sekolah mendaftarkan perkhidmatan mereka di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
“Seperti pertubuhan anak yatim, mereka berdaftar dengan JPPM, manakala bas sekolah milik koperasi mereka daftar dengan SKM, di Semenanjung ada yang tidak berdaftar dengan SSM. Di Sabah Sarawak pula mereka berdaftar dengan PBT.
“Kalau subsidi yang diterima oleh pengusaha bas sekolah dapat RM1.88…