Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Permintaan terpendam dijangka percepat pertumbuhan KDNK, kata Tengku Zafrul

today14 August 2022

Background



Pemulihan ekonomi negara turut dibantu oleh ledakan dalam perdagangan luar negara, dengan nilai eksport dan import mencecah angka rekod pada Jun.

KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi negara akan meningkat mendadak pada suku ini selepas berkembang pada kadar terpantas dalam setahun, dipacu oleh penggunaan awam apabila kegiatan-kegiatan disambung semula, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

“Orang memandang rendah kekuatan permintaan terpendam,” katanya dalam temu bual dengan Bloomberg semalam.

“Restoran dipenuhi pengunjung, lalu lintas kembali sesak, kadar pengangguran jatuh bawah 4% dan kutipan cukai separuh pertama jauh melebihi anggaran kami.”

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang sebanyak 8.9% dalam tempoh April-Jun berbanding tahun sebelumnya, mengatasi anggaran median 7% dalam tinjauan Bloomberg. Pemulihan ekonomi turut dibantu oleh ledakan dalam perdagangan luar negara, dengan nilai eksport dan import mencecah angka rekod pada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Bloomberg


Previous post