Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Permohonan afidavit Tengku Zafrul berkait ‘tahanan rumah’ Najib didengar 2 Mei

today30 April 2024

Background


Tengku Zafrul Aziz mahu memperbetulkan beberapa kesilapan fakta dalam afidavit Presiden Umno Zahid Hamidi berhubung permohonan semakan kehakiman Najib Razak.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan Khamis ini bagi mendengar permohonan Tengku Zafrul Aziz untuk memfailkan afidavit dalam kes yang dikemukakan Najib Razak berkait ‘perintah tambahan’ penahanan rumah yang didakwa dari Yang di-Pertuan Agong terdahulu.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan berkata permohonan itu akan didengar di dalam kamar di hadapan Hakim Amarjeet Singh pada 2.30 petang.

Shamsul berkata semua pihak dimaklumkan mengenai pendengaran itu menerusi emel daripada mahkamah semalam.

Menteri pelaburan, perdagangan dan industri itu diwakili tetuan Cecil Abraham & rakan-rakan.

Shamsul akan wakili peguam negara manakala tetuan Shafee & Co akan mewakili Najib.

Tidak dapat dipastikan sama ada peguam negara atau Najib akan membantah permohonan itu.

Pada minggu lalu, Zafrul berkata beliau mahu memperbetulkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post