
KUALA LUMPUR: Bekas pembantu penyelidik Anwar Ibrahim yang memfailkan saman serangan seksual terhadap presiden PKR itu gagal membatalkan tuntutan balas Anwar dan perenggan tertentu dalam pembelaannya.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Johan Lee, berkata permohonan Yusoff Rawther adalah tanpa merit dan saman itu perlu melalui perbicaraan penuh.
Keputusan itu disampaikan pada prosiding dalam talian.
Peguam Navpreet Singh, yang mewakili Anwar, berkata hakim turut memerintahkan Yusoff membayar kos RM3,500 manakala peguam Mahajot Singh mewakili Yusoff.
Yusoff memfailkan permohonan Disember lalu untuk mengetepikan beberapa perenggan dalam pembelaan Anwar yang didakwanya tidak relevan dengan saman itu.
Dia juga berkata tuntutan balas Anwar adalah bersifat spekulatif, kabur dan tidak mempunyai kejelasan…