Hot FM

Permohonan bekas exco N Sembilan cabar pembatalan pelantikan didengar 16 Dis


Ismail Lasim dan Exco Negeri Sembilan
Pada 20 Sept lepas, Istana Negeri Sembilan umum Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir batal pelantikan kesemua exco kerajaan, berkuat kuasa serta-merta, dan pembatalan pelantikan diwartakan pada 24 Sept.
PUTRAJAYA:

Mahkamah Persekutuan menetapkan 16 Dis ini untuk mendengar permohonan 10 bekas anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Negeri Sembilan bagi mencabar keputusan pemerintah negeri itu membatalkan pelantikan mereka bulan lepas.

Peguam Hafarizam Harun mewakili bekas exco, dan peguam Marisa Regina Mohd Aris Rizal yang mewakili kerajaan Negeri Sembilan, mengesahkan tarikh pendengaran itu ketika dihubungi Bernama, selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Azaraorni Abd Rahman.

Sepuluh individu itu terdiri daripada Mohd Faizal Ramli; Zaifulbahri Idris; Mustapha Nagoor; Siow Kong Choon; Siti Nur Umaira Hasim; Mohd Asna Amin; Mohd Razi Ali; Suhaimizan Bizar; Mohd Fairuz Isa; dan Razali Abu Samah.

Mereka menfailkan notis usul pada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version