Isu & Kontroversi
Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap sabitan dan hukuman denda RM5,500, atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah serta mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis, dengan niat untuk menghalangnya melakukan tugas, empat tahun lalu.
Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hanipah Farikullah bersama-sama Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali sebulat suara menolak permohonan Farid Kamil, 40, selaku pemohon, bagi mendapatkan kebenaran merayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Ogos 2021.
Mahkamah mendapati persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh pemohon adalah tidak relevan. Oleh itu, permohonan pemohon tidak mempunyai merit dan ditolak oleh mahkamah.
Sementara itu, panel tiga hakim berkenaan turut menolak permohonan pendakwa raya untuk mendapatkan lanjutan masa bagi memfailkan petisyen rayuan…