Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Permohonan Hishammuddin, KJ dibawa ke MT Umno 17 Apr

today28 March 2026

Background


Hishammuddin Hussein Khairy Jamaluddin
Naib Presiden Khaled Nordin kata pihaknya masih mengumpul permohonan dan tiada tempoh ditetapkan bagi bekas pemimpin atau ahli yang ingin menyertai semula Umno.
PETALING JAYA:

Permohonan beberapa bekas pemimpin Umno termasuk Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin untuk menyertai semula parti itu akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi (MT) pada 17 Apr.

Naib Presiden Khaled Nordin berkata keputusan permohonan tidak semestinya diumumkan pada mesyuarat berkenaan.

“Saya akan bawa perkara ini ke dalam mesyuarat MT atas semangat Rumah Bangsa, semangat Aidilfitri dan Ramadan. Kenyataan Presiden parti juga melihat perkara ini secara positif dan kita harap ada keputusan yang baik,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata pihaknya masih mengumpul permohonan dan tiada tempoh ditetapkan bagi bekas pemimpin atau ahli yang ingin menyertai semula Umno.

Pada 6 Mac lalu, Presiden Umno Zahid Hamidi dilaporkan berkata parti itu membuka pintu ‘Rumah Bangsa’…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post