
Nama saya Rex Tan, seorang wartawan di Free Malaysia Today (FMT). Dengan penuh keinsafan dan tanpa sebarang syarat, saya ingin memohon maaf atas persoalan yang telah saya kemukakan semasa wacana awam bertajuk “Gaza Exposes the Complicity of International Actors” pada 12 Januari 2026.
Saya ingin memohon maaf dengan seikhlas hati atas soalan saya, kerana tidak mengambil kira kesesuaiannya dengan konteks majlis, serta kerana mengemukakannya tanpa pertimbangan yang wajar terhadap sensitiviti isu berkenaan.
Yang paling saya kesali ialah tindakan saya menyentuh soal hubungan kaum Cina dan Melayu, sesuatu yang sama sekali tidak perlu dan tidak sepatutnya berlaku.
Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak berniat untuk menghasut, apatah lagi mengemukakan soalan yang bersifat perkauman. Saya amat kesal kerana soalan tersebut bersifat sedemikan.
Saya juga tidak berniat untuk menimbulkan kegelisahan atau menyinggung perasaan mana-mana komuniti, sama ada masyarakat Melayu,…