Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Permohonan semakan semula hukuman mati banduan akhir didengar hari ini

today14 November 2023

Background


Mahkamah Persekutuan akan mula mendengar permohonan semakan semula hukuman mati yang dikemukakan oleh banduan akhir hari ini.

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan akan mula mendengar permohonan semakan semula hukuman mati yang dikemukakan oleh banduan akhir hari ini di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 (Akta 847).

Sebelas permohonan dijangka didengar hari ini manakala 14 lagi pada Khamis.

Peguam Guok Ngek Seong, ketika dihubungi Bernama, berkata permohonan anak guamnya Teh Hock Leong adalah yang pertama dalam senarai untuk didengar oleh Mahkamah Persekutuan.

Teh adalah banduan akhir yang berdepan hukuman mati selama 20 tahun selepas disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2003 kerana mengedar 580.3 gram dadah jenis metamfetamine di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Dia telah mengemukakan rayuan di semua peringkat dan meringkuk dalam penjara sejak 1999…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post