Ahmad Maslan berkata RUU berkait cukai minimum global diharap dapat dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun ini.

CYBERJAYA: Negara boleh memperoleh hasil RM1 bilion sebagai permulaan apabila cukai minimum global (GMT) diperkenalkan, kata Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan.
Beliau berkata Rang Undang-Undang (RUU) yang berkaitan diharap dapat dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun ini.
Ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Iftar dan Penyerahan Sumbangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Ahmad berkata kertas berkaitan RUU tersebut sedang disediakan oleh Bahagian Cukai Kementerian Kewangan dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara.
Mengenai maklum balas daripada syarikat multinasional yang bertapak di negara ini berhubung pelaksanaan GMT, katanya mereka perlu akur dengan standard antarabangsa selain tiada pilihan lain kerana…
