Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Kim Soo-bin, seorang lelaki muda berusia 28 tahun yang berasal dari Korea Selatan telah menghadapi pelbagai dugaan dalam memastikan perniagaan baharunya ini kekal relevan dan mendapat tempat di hati masyarakat. Stigma dan tahap kefahaman masyarakat Korea Selatan terhadap ganja adalah antara cabaran yang beliau dan syarikatnya, Imagination Garden hadapi.
Sebagai seorang Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Imagination Garden, Kim mengaku bahawa beliau perlu bersedia untuk menjadi antara pelapor muda pertama negara yang menanam tumbuhan ganja dan berhadapan dengan pandangan masyarakat. Dia yang menggunakan tanaman ganja untuk tujuan perubatan telah melalui perjalanan yang sukar, antaranya adalah diherdik kumpulan masyarakat dan dihina sebagai ‘penagih’ kerana menjual tumbuhan yang terkenal dengan nama sinonim lain, iaitu dadah.
“Memandangkan perkara pertama yang orang Korea kaitkan dengan…
