Site icon Hot FM

Pernah Tewaskan Suwon Bluewings, Tak Mustahil Ulsan Hyundai Jadi Mangsa Kedua JDT




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Kemenangan 5-0 ketika aksi pertama AFC Champions League (ACL) menentang Guangzhou FC telah meningkatkan semangat JDT untuk pamerkan aksi yang lebih baik dalam perlawanan menentang kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai malam ini.

Pengendali Harimau Selatan, Benjamin Mora percaya ia adalah perlawanan yang paling dinanti-nantikan dan merupakan peluang terbaik kepada pemainnya untuk bersinar di peringkat Asia.

“Ulsan seperti yang kita tahu merupakan sebuah pasukan dari Korea yang hebat, kompak dan kuat.

“Perlawanan malam ini mungkin mudah bagi mereka kerana bermain di atas padang yang lebih baik dan mereka tak akan berdepan isu cuaca panas kerana bermain pada waktu malam. Saya percaya kita akan lihat Ulsan yang sebenar.

“Tetapi kami tidak sabar untuk beraksi, ini adalah peringkat tertinggi bola sepak Asia dan inilah jenis perlawanan yang kami perlu bersaing,” kata Mora…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version