Menurut Undang-Undang Perkahwinan di Indonesia, wali dalam pernikahan terbahagi kepada dua jenis, iaitu wali nasab dan wali hakim.
Wali nasab ialah wali yang mempunyai hubungan saudara dengan pengantin perempuan. Wali hakim pula digunakan dalam kes tertentu seperti pengantin perempuan tidak mempunyai wali nasab atau wali nasab tidak diketahui keberadaannya.
Namun begitu, dalam kes Rizky dan Mahalini, majlis hakim mendapati bahawa proses pemilihan wali hakim tidak memenuhi kriteria undang-undang di sana.
“Hal ini yang menjadi dasar keputusan bahawa pernikahan mereka tidak sah secara hukum,” katanya.
Difahamkan, Rizky Febian dan Mahalini harus mengikuti langkah seterusnya sama ada membuat semakan semula atau menjalani proses pernikahan sekali lagi mengikut ketetapan perundangan.
Terdahulu, pasangan berkenaan bernikah awal pagi Jumaat, 10 Mei lalu di Hotel Raffles, Jakarta, manakala resepsi berlangsung di hotel sama pada sebelah malam.
Mahalini yang berasal dari Bali dan beragama…