
KUALA LUMPUR: Peguam mewakili Najib Razak meminta pihak pendakwaan menarik balik keterangan salah seorang saksinya dalam perbicaraan 1MDB bekas perdana menteri itu.
Shafee Abdullah membuat permintaan itu semasa prosiding Mahkamah Tinggi hari ini, meminta keterangan bekas timbalan ketua setiausaha Perbendaharaan Siti Zauyah Desa ditarik balik kerana jawapannya yang berdolak-dalik dan ketidakupayaannya untuk mengesahkan kesahihan dokumen tertentu.
“Kita tidak akan ke mana-mana,” katanya sambil menambah, ini adalah ‘kali pertama’ dalam 46 tahun amalan perundangannya beliau menemui ‘saksi yang tidak bekerjasama’.
Terdahulu, Shafee mencabar Siti Zauyah dalam isu sama ada Kementerian Kewangan mempunyai kuasa untuk menghendaki 25% perwakilan pengarah dalam 1MDB.
“Adakah…