Zainal berkata, PERODUA juga sedang meneliti model perkhidmatan pertukaran bateri sebagai nilai tambah untuk pengguna. Namun, pelaksanaan penuh bergantung kepada kesediaan sistem infrastruktur nasional dan tahap penerimaan pasaran.
“Kami juga sedang meneliti keperluan ‘battery passport’ yang diperkenalkan kerajaan. Jika ingin menukar bateri dalam masa dua minit, sistem perlu dapat mendaftar dan memadankan bateri serta kenderaan secara automatik,” katanya.
Mengulas tentang sasaran jualan, beliau tidak memberikan angka khusus kerana pelancaran ini merupakan salah satu percubaan baharu bagi PERODUA.
“Sukar untuk menetapkan sasaran tepat kerana kami masih mengkaji tahap penerimaan pengguna. Namun, kami menyasarkan sekitar 500 unit sebulan pada peringkat awal,” ujarnya.
