S Usha Nanthiny, 35, yang berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Segamat didakwa memperoleh suapan itu dua tahun lepas.

JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM20,000 berhubung kes pecah amanah, dua tahun lepas.
S Usha Nanthiny, 35, yang berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, IPD Segamat didakwa memperoleh suapan untuk diri sendiri daripada seorang lelaki di pejabatnya kira-kira 4.50 petang pada 28 Ogos 2022.
Suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk tidak menahan isteri lelaki itu bagi kesalahan yang dilakukannya mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang sedang disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.
Pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) Akta…