Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Perolehan 12 helikopter baharu TUDM secara tender terbuka tahun depan

today7 December 2023

Background


Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata TUDM berhasrat untuk memuktamadkan pembelian helikopter baharu sebelum hujung 2024. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perolehan 12 helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) baharu akan dibuat secara tender terbuka yang dijangka bermula awal tahun depan, kata Panglima TUDM Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Beliau berkata TUDM ketika ini mempunyai 12 helikopter jenis EC725 AP keluaran Airbus dan bagi pembelian helikopter baharu itu, pihaknya akan mempelawa syarikat lain untuk mempamerkan aset yang berkeupayaan melaksanakan tugas mengikut spesifikasi TUDM.

“Saya berhasrat untuk memuktamadkan pembelian helikopter baharu ini sebelum hujung 2024,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Anugerah Kecemerlangan TUDM 2023 di Pangkalan Udara Subang di sini hari ini.

Asghar Khan berkata antara kriteria utama dalam pemilihan helikopter baharu itu adalah ia perlu dilengkapkan dengan senjata ringan bagi melaksanakan tugas Mencari dan Menyelamat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post