Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Persatuan bola tampar gantung jurulatih ‘lempang’ pemain

today1 January 2023

Background



Persatuan bola tampar gantung jurulatih ‘lempang’ pemain

PETALING JAYA: Persatuan Bola Tampar Malaysia (Mava) menggantung sementara jurulatih pasukan bola tampar B-14 wanita Melaka yang tular kerana menampar dua pemainnya.

MAVA dalam kenyataan berkata, pihaknya menubuhkan badan siasatan bagi menyiasat insiden itu dengan segera.

“Mava sama sekali tidak akan bertoleransi dengan sebarang penggunaan kekerasan ke atas mana-mana pihak,” katanya.

Justeru, Mava sedia mengambil tindakan selanjutnya selaras perlembagaan persatuan itu.

Terdahulu, FMT melaporkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh membidas tindakan seorang jurulatih yang dirakam menampar pemainnya ketika perlawanan bola tampar.

Klip video tular di media sosial menunjukkan jurulatih pasukan bola tampar perempuan bawah 14 tahun Melaka menampar dua pemainnya ketika Kejohanan Bola Tampar Belia U14 Malaysia 2022 di Johor.

Yeoh berkata, beliau sudah menghubungi Menteri Pendidikan, Fadhlina…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post