Hot FM

Persatuan desak siasat dakwaan penderaan seksual terhadap kucing


Animals - Cats - Animal Shelter - kucing
Presiden Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia, Kalaivanan Ravichandran, seru pihak berkuasa kenal pasti individu terlibat berhubung dakwaan penderaan seksual terhadap seekor kucing.
PETALING JAYA:

Sebuah kumpulan kebajikan haiwan mendesak siasatan ke atas dakwaan penderaan seksual terhadap seekor kucing, susulan video tular di media sosial.

Presiden Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia, Kalaivanan Ravichandran, berkata sekiranya perbuatan itu benar-benar berlaku maka ia suatu bentuk penderaan haiwan yang amat berat dan wajar dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang.

Pihak berkuasa patut mengenalpasti individu terlibat, mengesahkan ketulenan rakaman tersebut, dan mendapatkan semua bahan bukti digital.

“Keutamaan serta-merta mesti diberikan untuk mengesan lokasi kucing itu dan memastikan keselamatannya,” kata Kalaivanan dalam kenyataan.

Beliau juga menggesa siasatan berhubung penyebaran rakaman yang menggemparkan itu di media sosial.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version