
ALOR SETAR: Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM) memohon agar kerajaan menetapkan kuota belian padi pada 20,000 tan metrik sahaja kepada setiap kilang.
Pengerusi Mohamad Termizi Yop berkata dengan peruntukan kuota itu setiap kilang akan mendapat peluang sama rata, sekali gus membantu pengilang khususnya Bumiputera.
“Sekarang tiada kuota ditetapkan. Ada pengilang yang terima belian padi 40,000, 60,000, dan 70,000 tan metrik,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung PPBMM.
Menurutnya, persatuan juga mendapati banyak pengilang beras kecil terutama milik Bumiputera gulung tikar apabila gagal memperoleh belian padi untuk menampung kos operasi.
Beliau berkata di Kedah, daripada 35 pengilang Bumiputera, hanya tujuh yang masih aktif beroperasi.
Termizi berkata pihaknya yakin penetapan kuota itu dapat membantu mengatasi pelbagai isu berkaitan…