Hot FM

Persatuan perubatan mahu libat urus dengan jawatankuasa kaji waktu bekerja


MMA percaya pendekatan melibatkan pihak berkepentingan dalam perancangan dasar dari mula akan diterima pakai pada masa depan, susulan pembatalan WBB.

PETALING JAYA: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mahu mengadakan libat urus dengan jawatankuasa khas yang ditubuh kerajaan untuk mengkaji penjadualan waktu bekerja.

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad mengumumkan penubuhan jawatankuasa tersebut susulan pembatalan cadangan sistem syif baharu, Waktu Bekerja Berlainan (WBB), yang mencetuskan kontroversi.

Presiden Dr Kalwinder Singh Khaira menegaskan keperluan untuk melibatkan pihak berkepentingan dalam perancangan dasar dari mula.

“Kami percaya pendekatan ini akan diterima pakai pada masa depan,” katanya dalam kenyataan.

Pengumuman oleh Dzulkefly itu menyusuli libat urus antara MMA dan menteri untuk membincangkan WBB, elaun ‘on-call’, dan cabaran lain yang dihadapi oleh doktor sektor awam, pada Khamis.

“Ini adalah keputusan yang sesuai dengan mengambil kira pelbagai kebimbangan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version