
PETALING JAYA: Persekutuan Malaysia diasaskan atas premis bahawa kekuatan sebenar terletak pada perpaduan semua wilayahnya, kata negarawan Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah.
“Persekutuan beri kekuatan kepada negeri. Negeri yang bersendirian tidak akan menjadi sangat kuat. Sejak awal lagi kami memutuskan bahawa kita harus mempunyai sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada banyak negeri,” kata bekas perdana menteri Mahathir kepada FMT.
Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, yang pernah berkhidmat di bawah empat perdana menteri, berkata salah satu kebimbangan utama British apabila ingin berundur dari wilayah yang mereka duduki adalah keselamatan jangka panjang negara-negara itu.
“Anda perlu fikir mengapa (British galak pembentukan Malaysia) dan kenapa kami bersetuju menyatukan wilayah-wilayah untuk membentuk sebuah…