“Seperti yang pernah dijelaskan, saya memang tiada kena mengena dengan projek lagu berkenaan kerana ia diuruskan sendiri oleh Fazura Studios dan syarikat rakaman, Hits Records”.
Demikian respons yang diberikan pengurus kepada penyanyi dan pelakon, Nur Fazura iaitu Iman Tang susulan video nyanyiannya yang tular.
Menurut Iman, dia tiada kena mengena dengan promosi lagu berkenaan dek kerana ia diuruskan sepenuhnya oleh Fazura Studios dan syarikat rakaman, Hits Records.
Justeru, kesal apabila namanya dipetik dan dipersalahkan gara-gara tuduhan tidak mempunyai inisiatif untuk mencari guru vokal sehingga nyanyian Fazura sumbang, Iman bagaimanapun menegaskan bahawa dia terkejut dan tidak tahu aktres itu ada membuat persembahan di Indonesia.
“Saya tidak tahu mengenai pemergian Fazura ke Indonesia untuk mempromosikan lagu dalam program berkenaan kerana berada di luar negara.
“Saya sendiri terkejut apabila ramai bertanyakan mengenai video persembahan Fazura yang tular, sedangkan saya tak tahu menahu mengenainya.
“Rasa terkilan juga bila ada ‘petik’ nama dan menyalahkan saya tiada inisiatif membimbing Fazura menjadi penyanyi yang bagus hingga dikecam netizen,” katanya kepada pemberita.
Sebelum ini, Iman memaklumkan bahawa dia tidak menyangka lagu Bertahan Demi Cinta nyanyian duet Fazura dan Fattah Amin akan dilancarkan ketika isu perceraian pasangan tersebut sedang hangat diperkatakan.
Bahkan, dia menyelar tindakan syarikat rakaman itu yang disifatkan tidak sensitif dan cuba mengambil kesempatan terhadap isu yang berlaku.
Terdahulu, beberapa rakan artis dan individu tampil ‘menegur’ tindakan Iman untuk mencari guru vokal bagi membimbing Fazura menjadi penyanyi yang baik.
ARTIKEL BERKAITAN:“Ini Bukan Masa Yang Sesuai” – Pengurus Maklum Fazura Juga Tidak Tahu Mengenai Pelancaran Single Duet Bersama Fattah Amin
ARTIKEL BERKAITAN:“Fazura Boleh Nyanyi, Cuma Perlu Ambil Kelas Vokal” – Ajai
ARTIKEL BERKAITAN:Sharnaaz Ahmad Komen Nyanyian Fazura, Minta Asah ‘Skill’ Nyanyian – “Bila Dia Kena Macam Ni Aku Kesian”
ARTIKEL BERKAITAN:Rashidi Ishak Sifatkan Fazura ‘Tone Deaf’, Mohon Pengurus Cari Guru Vokal – “Saya Pasti Dia Boleh, Terpulang Nak Atau Tak Nak Je”
ARTIKEL BERKAITAN:Anggap Suara Lebih Kurang Fazura, Sharnaaz Ahmad Seloroh Ada Peluang ‘Keluar’ Single
ARTIKEL BERKAITAN:Nyanyian Fazura Raih Perhatian, Abby Abadi Pula Tampil Backup – “Kalau Maki Dapat Apa? Comel Je Dia Nyanyi”
Sumber: Berita Harian