Imbas untuk muat turun aplikasi

Aktiviti Komuniti di Hot FM

Persidangan Keselamatan Makanan Kebangsaan 2024 2024

today8 August 2024

Background

Tuan/Puan,

International Food Safety Training Centre, Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia akan menganjurkan Persidangan Keselamatan Makanan Kebangsaan (NFSC) yang julung kali diadakan dengan tema Keselamatan Makanan adalah Tanggungjawab Bersama pada 14 dan 15 Oktober 2024 di The Everly Hotel, Putrajaya.

Sertai kami dalam perjalanan ke arah kesejahteraan holistik dan amalan keselamatan makanan terbaik di Malaysia. NFSC 2024 menjanjikan pengalaman yang terbaik dengan pelaksanaan dasar, perbincangan berinformatif, penyelesaian inovatif, dan kerjasama berimpak tinggi.

Persidangan ini akan mengumpulkan penceramah dari pelbagai universiti, organisasi kerajaan, dan bukan kerajaan, baik dari dalam dan luar negara, untuk mengemas kini dan membincangkan topik-topik berkaitan keselamatan makanan. Bersedia untuk menjadi sebahagian daripada acara transformatif ini? Daftar sekarang dengan melayari laman web Program Keselamatan dan Kualiti Makanan di [hq.moh.gov.my/fsq](http://hq.moh.gov.my/fsq)

Jangan lepaskan peluang ini untuk menyumbang kepada masa depan keselamatan dan kualiti makanan untuk generasi akan datang. Jumpa anda di NFSC2024!!

Poster Acara

Written by: Hot FM


Previous post