
PETALING JAYA: Muda mendesak bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mengemukakan permohonan maaf terhadap komuniti India, kata pemangku presiden, Amira Aisya Abdul Aziz.
Beliau juga mempersoal sama ada Mahathir mahu melihat rakyat berpecah belah, selain bimbang kenyataan prejudis kononnya orang India “tidak setia” dan “masih terikat dengan negara asal” akan diambil kesempatan kumpulan ekstrem.
“Apa hasilnya menuduh masyarakat India tidak setia pada negara?
“Adakah sekian lama Mahathir mentadbir, masyarakat India masih dibebani dan perlu mempertahankan diri dengan rasa prejudis Mahathir?” katanya dalam kenyataan.
Baru-baru ini, dalam temubual dengan saluran berita tersebut Tamil, Mahathir turut berkata, orang India di Malaysia mesti ingat mereka ialah rakyat Malaysia lebih daripada pendatang.
Ditanya sama ada ini bermakna orang India di…