
KUALA LUMPUR: Serangan pihak lawan terhadap institusi presiden Umno tidak akan berhenti walaupun Zahid Hamidi melepaskan jawatan, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Shabery Cheek.
Beliau berkata, ahli Umno seharusnya mempertahankan institusi presiden kerana “masalah” melanda parti tidak akan selesai walaupun Zahid ditukar.
“Siapa pun pemimpin Umno ia akan jadi sasaran serangan. Jangan kata tukar Zahid, yang naik (kemudian) akan terlepas serangan (musuh), siapa pun dilihat sesempurna mana pun akan terlepas serangan.
“Tiada siapa tak serang Tun Abdul Razak, Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, masa (Dr) Mahathir (Mohamad) dia diserang gelaran maha Firaun, maha zalim, (didakwa) bertanggungjawab pembunuhan Memali, rasuah, nepotisme, pemberian harta-benda kekayaan kepada anak-anaknya…