Dari segi kelestarian, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan penggunaan pelitup muka pakai buang, seterusnya menggalakkan keberkesanan kos dan perlindungan alam sekitar dalam jangka panjang.
Bagi membangkitkan kesedaran terhadap kelestarian ekologi, pihak syarikat AiruFlo turut menjalankan program kitar semula untuk menggalakkan pengguna mengembalikan pelitup muka AiruFlo yang telah digunakan untuk pemprosesan semula.
Menurut Pengasas Bersama AiruFlo, Vince Koay, pasaran kini penuh dengan pelbagai pelitup muka dengan pelbagai spesifikasi bagi memenuhi kumpulan pengguna yang berbeza-beza.
“Maka, dengan pantasnya kami menyedari keperluan untuk menyatukan semua ciri positif dalam satu pelitup muka. Ramai yang tercari-cari satu pelitup muka yang memenuhi pelbagai kriteria – bergaya, mudah bernafas, lestari dan tidak merosakkan alam sekitar.
“Namun bukannya mudah untuk mendapatkan pelitup muka sedemikian dalam pasaran. Jadi pasukan jurutera industri kami yang inovatif bertekad…