Menerusi video yang dimuat naik oleh @tasharossee, kelihatan pasangan suami isteri itu menghantar anak lelaki mereka masuk ke prasekolah.
Apa yang membuatkan ramai tersentuh adalah apabila si ayah telah menitiskan air matanya berulang kali kerana sebak pertama kali menghantar anaknya ke sekolah.
Pada akhir video, kelihatan dia memimpin tangan anaknya semasa pulang dari sesi persekolahan dan isterinya mengucapkan terima kasih kerana tidak berputus asa untuk rumah tangga mereka yang pernah bergolak sebelum ini.