
PETALING JAYA: Kemelut dalaman dalam Pakatan Harapan (PH) boleh menjadi masalah kepada blok pembangkang menjelang pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, dan boleh merebak ke pilihan raya umum akan datang (PRU15) jika tidak dikawal, penganalisis memberi amaran.
Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Azmi Hassan berkata, perbalahan mengenai peruntukan kerusi baru-baru ini menunjukkan bahawa terdapat masalah dalam PH, terutamanya di Sarawak.
“Di Miri, sebagai contoh, saya rasa kedua-dua PKR dan DAP mahu bertanding, yang boleh menjelaskan mengapa parti-parti dalam PH merancang untuk menggunakan logo mereka sendiri (bukan PH).
“Sepertinya terdapat pergeseran selepas PRN Melaka, dan saya rasa ia mungkin akan dilihat di Sarawak, yang akan menjejaskan gambaran besar, iaitu PRU15 ,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, parti-parti pembangkang perlu…