
PETALING JAYA: Penganalisis percaya pertembungan antara Dr Akmal Saleh dan Teresa Kok berhubung kenyataan balas berkait isu pensijilan halal akan beri keuntungan politik kepada Umno.
Felo Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan, menjelaskan pertembungan antara ketua Pemuda Umno dan naib pengerusi DAP itu mempamerkan kepada orang ramai bahawa Umno sedia berselisih dengan DAP walaupun kedua-duanya parti pemerintah.
“Pertembungan ini lebih beri keuntungan kepada Umno kerana dapat mempamerkan pendapat dan pandangan bertentangan dengan DAP walaupun dalam kerajaan yang sama,” katanya kepada FMT.
“Sebaliknya DAP tidak guna untuk mereka melawan isu dengan Akmal kerana tetap akan memberi persepsi negatif kepada DAP dan Teresa.”
Sementara itu, Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah percaya perbalahan antara Akmal dan Kok tidak akan ganggu hubungan kedua-dua…