
KUALA LUMPUR: LSH Service Master Sdn Bhd (LSHSM) membuat laporan polis terhadap Hydroshoppe Sdn Bhd dalam pertikaian mengenai pengurusan Menara Kuala Lumpur.
CEO LSHSM, Khairil Faizal Othman, berkata laporan itu dibuat pada pagi 1 April selepas syarikatnya gagal mengambil alih operasi bangunan pencakar langit itu daripada Hydroshoppe dan anak syarikatnya, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB).
Khairil berkata, laporan polis itu dibuat di IPD Dang Wangi.
“Selepas kami dihalang daripada memasuki premis pada tengah malam 1 April, saya bersama kakitangan terus membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita pada majlis Hari Raya bersama kakitangan Menara KL.
Khairil berkata, LSHSM mengalami kerugian setiap hari akibat kegagalan mengambil alih operasi menara tersebut.
Pada Mac, LSHSM menandatangani perjanjian pajakan dengan Pesuruhjaya Tanah…