Armizan Mohd Ali menempelak dakwaan wujud campur tangan terhadap pertukaran penjawat awam dalam pentadbiran kerajaan perpaduan.

KUALA LUMPUR: Proses pertukaran dan pusingan kerja penjawat awam dilaksanakan berpandukan undang-undang berkaitan perkhidmatan awam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Armizan Mohd Ali.
Menempelak dakwaan wujud campur tangan terhadap pertukaran penjawat awam dalam pentadbiran kerajaan perpaduan, katanya, proses pertukaran penjawat awam sejajar Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 serta Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969.
Beliau juga memaklumkan pertukaran penjawat awam adalah normal dan turut berlaku dalam pentadbiran kerajaan terdahulu.
“Untuk pertukaran dan pusingan kerja pangkat Jusa C dan ke atas, semasa…
