Hot FM

Perubahan bukan sekadar ikut umur, tetapi patuh ‘selera rakyat’, kata Pemuda Umno


Umno perlu berubah mengikut keperluan rakyat, kata Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pemuda Umno menyokong cadangan tokoh veteran Tengku Razaleigh Hamzah agar parti itu memberikan ruang kepada pemimpin baharu muda menerajui pucuk pimpinan.

Ketuanya, Dr Akmal Saleh bagaimanapun berkata, isu peremajaan parti bukan berasaskan usia semata-mata, sebaliknya mesti mengikut ‘selera rakyat’ yang mahukan parti ditambah baik.

“Perubahan dari segi kepimpinan, kita tak nafikan (perlu), tetapi apa jauh lebih penting adalah bagaimana parti ini perlu berubah mengikut apa yang diperlukan rakyat.

“Kurangkan birokrasi dan jika rakyat mahu pemimpin yang sentiasa dengan rakyat, serta ada integriti, ini jadi faktor untuk perubahan,” katanya kepada FMT.

Menyatakan bahawa beliau menghargai dan bersetuju dengan cadangan Tengku Razaleigh, Akmal menambah, parti itu juga harus mengubah mentaliti tatacara kerja dan lebih mendekati rakyat.

Isnin lepas, Tengku Razaleigh yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version