
PETALING JAYA: Keputusan Mahkamah Persekutuan melibatkan kes SRC International terhadap Najib Razak berlaku hanya disebabkan perubahan politik pada Mei 2018, dipimpin Mahathir Mohamad, kata Gerakan Tanah Air (GTA).
Ketua penerangannya, Nizam Mahshar, berkata kes SRC International antara kes melibatkan Najib dan dalam masa sama berkata masih banyak lagi kes penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pecah amanah yang belum dibongkar untuk disiasat.
“Keputusan hari ini juga membuktikan dengan jelas bahawa kepimpinan politik Melayu juga harus melakukan perubahan mendasar. Politik Melayu hari ini sudah seperti disinonimkan dengan politik rasuah, politik wang dan penyalahgunaan kuasa.
“Sehingga hari ini, pemimpin-pemimpin politik Umno masih cuba menegakkan pemimpin yang mereka yang korup dan menyalahgunakan…