
PETALING JAYA: Perubahan mendadak dalam rutin harian menjadi punca utama ibu bapa tertinggal anak di dalam kereta, kata pakar.
Perkara ini dikenal pasti menerusi tinjauan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) pada 2022 untuk mengkaji punca di sebalik kes kanak-kanak tertinggal di dalam kereta, menurut pegawai penyelidik kanannya, Khairul Alhapiz Ibrahim.
Beliau berkata, sebab lain termasuk pandangan ibu bapa terhalang disebabkan kerusi keselamatan di dalam kereta, serta keletihan dari segi mental.
“Jika salah seorang antara ibu atau bapa biasanya menghantar anak ke taska, salah seorang lagi mungkin terlupa menghantar anak apabila berlaku perubahan rutin,” kata Khairul.
Untuk mengelak perkara ini terjadi, Khairul Alhapiz menggesa ibu bapa agar menjadualkan peringatan agar…
