Seorang perunding hartanah dikenali sebagai Nurfathya tampil membidas kenyataan pelakon dan penyanyi, Diana Danielle berhubung isu rumah saiz kotak kasut mencecah harga jutaan ringgit.
Menerusi platform Threads, individu tersebut menganggap bahawa rumah dan emas adalah keperluan asas dimana nilai aset-aset tersebut akan meningkat dari semasa ke semasa.
“Rumah ini satu keperluan asas. Tak beli, kena sewa. Jadi nak kena tunggu harga rumah macam mana dan berapa tahun lagi untuk beli?
“Untuk pengetahuan, emas dan rumah kedua-duanya aset. Beza dengan liabiliti seperti kereta. Beli hari ini, besok nak jual kereta itu dah tak ada nilai. Kalau rumah, makin lama makin berharga sebab itu lokasi rumah itu penting.
“Awak pelakon idola saya. Tetapi. kali ini sebagai perunding hartanah saya nak tambah sikit isu rumah besar kotak tapi harga separuh juta pada tahun 2024. Boleh bayangkan tak nanti tahun 2030? Rumah besar kotak tisu tapi harga dah juta tu boleh terjadi.
“Saya bagi contoh, kalau dulu nilai wang ringgit RM50 besarkan, boleh beli macam-macam. Sekarang, RM50 beli satu dua benda sahaja.
“Sorry @dianadanielleb, berpelajaran tak semetinya awak pakar dalam sesuatu bidang. Saya tak setuju dengan kenyataan awak,” tulisnya.

Sebelum ini, Diana berpendapat adalah tidak berbaloi untuk membeli rumah di Malaysia buat masa ini memandangkan harga dan tahap keluasan rumah tidak berpatutan.
Artikel Berkaitan: “Tak Ada Selera Nak Beli Rumah Di Malaysia, Semua Size Kotak Kasut Tapi Harga Setengah Juta… Baik Beli Emas” – Diana Danielle