Hot FM

Perunding pelaburan mengaku tak salah gubah wang haram hampir RM1 juta


Saiful Nizam Saharuddin
Perunding pelaburan, Saiful Nizam Saharuddin, 39, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta. (Gambar Bernama)

TAIPING: Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta pada Julai tahun lepas.

Saiful Nizam Saharuddin, 39, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.

Pemilik PMBIS Growth Venture itu didakwa memindahkan sejumlah wang hasil daripada aktiviti haram ke akaun milik empat individu, menerusi empat transaksi dengan jumlah keseluruhan bernilai RM926,427.53, dan semua kesalahan itu dilakukan di CIMB Islamic Bank Berhad, Klang, Selangor pada 27 Julai tahun lepas.

Dia dituduh di bawah perenggan 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001[Akta 613] yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version